Soalan oleh Teh Yue Chiew - ADUN Tanjong Bungah
Apakah permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan negeri dari segi perumahan serta halatuju pada masa depan.
Jawapan lisan oleh Wong Hon Wai - EXCO Perancang Bandar, Desa & Perumahan
Antara masalah yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri dari segi perumahan adalah yang berikut:-
(i) Kekurangan tanah Kerajaan Negeri dan kegunaan yang bercanggah (conflicting use) bagi tanah yang terhad itu;
(ii) Bekalan rumah tidak seimbang dan tidak memenuhi keperluan pembeli dari segi kos, lokasi, jenis rumah, dan sebagainya;
(iii) Kekurangan kemudahan atau dana untuk membantu golongan termiskin membiayai sewaan atau pembelian rumah;
(iv) Masalah-masalah pengurusan perumahan bertingkat terutamanya perumahan kos rendah;
(v) Kualiti rumah yang kurang memuaskan;
(vi) Keadaan ekonomi yang tidak menentu membawa kepada peningkatan kos bahan binaan dan kos rumah;
(vii) Projek perumahan yang bermasalah atau terbengkalai;
(viii) Kekurangan kemudahan awam di projek perumahan kos rendah yang juga menyumbang kepada masalah sosial;
(ix) Kekangan peruntukan bagi membiayai dan melaksanakan projek-projek perumahan; dan
(x) Kuasa perundangan dan kawalan terhadap pemaju terlalu memusat di Kerajaan Persekutuan dan yang agak terhad di pihak Kerajaan Negeri.
Menyedari masalah tersebut di atas, cabaran kepada Kerajaan Negeri adalah untuk menyediakan perumahan yang mencukupi, berkualiti, selesa dan mampu dimiliki oleh rakyat Pulau Pinang, khususnya golongan berpendapatan rendah supaya mencapai sasaran satu keluarga satu rumah sama ada melalui sewaan atau pembelian.
Kerajaan baru masih dalam proses meninjau dan membincangkan dasar perumahan sedia ada ke arah penggubalan dasar perumahan yang lebih berkesan. Satu siri perbincangan telah diadakan dengan pihak pemaju, para profesional, ahli akademik, sektor swasta dan masyarakat sivil dan akan terus diadakan untuk membincang dan mendapatkan input bagi membantu dalam penggubalan dasar dan hala tuju perumahan. Antara hala tuju yang sedang dalam pertimbangan ialah:
(i) Mengenal pasti tanah kerajaan yang sesuai untuk pembangunan perumahan dan memberi keutamaan kepada pembinaan rumah mampu milik atas tanah kerajaan;
(ii) Menyediakan dana perumahan untuk digunakan bagi pembelian tanah, pembinaan rumah, pembangunan kemudahan infrastruktur asas dan bantuan kepada golongan yang kurang mampu. Dana diharap akan dapat ditubuh melalui sumbangan daripada pemaju dan pihak swasta;
(iii) Membangun semula kawasan perumahan yang lama yang tidak lagi sesuai. Ini termasuk rumah pangsa satu atau dua bilik yang telah usang. Rumah pangsa atau kawasan perumahan lama ini dicadang dibangun semula secara berperingkat dan digantikan dengan perumahan yang lebih selesa serta dilengkapkan dengan kemudahan awam dan ameniti yang sempurna;
(iv) Menyediakan strategi dan insentif untuk pembangunan lebih banyak perumahan mampu milik oleh pihak swasta;
(v) Menempatkan semula setinggan dan pada masa yang sama menyusun atau membangunkan semula kawasan setinggan berkenaan. Strategi adalah untuk menyediakan perumahan di kawasan yang sama atau berdekatan bagi mengelakkan dislokasi sosial yang besar;
(vi) Menyediakan kemudahan perumahan dengan perkhidmatan dan kemudahan sosial yang lengkap untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik;
(vii) Mengkaji semula mekanisma kawalan, pendaftaran, tawaran dan agihan rumah bagi memastikan stok perumahan yang ada dapat diagihkan dengan lebih rata dan dinikmati oleh kumpulan sasaran;
(viii) Memantau secara rapi kemajuan pelaksanaan projek, baikpun projek kerajaan atau swasta, supaya projek yang mungkin bermasalah atau terbengkalai akan dapat dikenal pasti di peringkat awal;
(ix) Memberi tumpuan kepada penyelenggaraan dan penambahbaikan projek perumahan awam, projek kos rendah dan bangunan bertingkat. Budaya penyelenggaraan akan diutamakan. Program bagi mendidik masyarakat tentang tanggungjawab dan cara hidup di bangunan bertingkat juga akan dijalankan;
(x) Bagi memenuhi permintaan perumahan untuk kakitangan kerajaan, kuarters lama di semua daerah akan dipertimbang untuk dibangunkan semula dengan pembinaan kuarters bertingkat dan mempunyai bilangan unit yang lebih banyak bagi mengoptimumkan penggunaan tanah.
Kerajaan Negeri akan terus menyediakan dasar dan program sokongan bagi memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi bagi penduduk Pulau Pinang, khasnya golongan yang berpendapatan rendah. Keutamaan akan diberi untuk penyediaan rumah-rumah yang sesuai dan berkualiti yang mampu dimilik atau disewa oleh kumpulan-kumpulan yang dimaksudkan, mengikut kemampuan mereka. Kemudahan perumahan akan disediakan dengan perkhidmatan dan kemudahan sosial yang diperlukan untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik.
Pembangunan perumahan juga akan diawasi dengan lebih rapi supaya dapat memastikan agihan yang lebih rata yang menggambarkan komposisi kaum untuk memupuk perhubungan kaum yang lebih baik. Pihak swasta diharap akan memainkan peranan dan bekerjasama dengan pihak Kerajaan ke arah pencapaian objektif-objektif ini.

No comments:
Post a Comment